Tahukah anda bahawa keputihan boleh menjadi pengukur tahap kesihatan wanita?
Ada banyak warna keputihan sebenarnya.
Keputihan coklat juga merupakan salah satu daripada warna keputihan yang biasa dialami wanita.
Pernah tak anda melihat lelehan sewaktu anda melakukan dua aktiviti dibawah ini?
1. Ketika anda melihat pada seluar dalam anda
2. Ketika anda memeriksa faraj
Dua situasi tersebut merupakan diantara situasi yang paling kerap anda akan dapat melihat keputihan.
Walaupun anda dah biasa dengar keputihan, namun jika ia benar-benar berlaku pada anda, pastinya anda akan terkejut juga kan?
Anda akan mula tertanya-tanya apa yang sedang berlaku pada tubuh anda.
Anda juga berkemungkinan akan mula berasa risau.
Ye la. Jika ia keluar dalam warna yang biasa anda lihat mungkin anda tidak akan terkejut.
Jika ia keluar dalam warna lain yang anda tak pernah lihat? Itulah yang akan membuatkan anda berasa lebih risau.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan keputihan.
Jom baca!
Keputihan Coklat – Normal atau Tidak Sebenarnya?
Biasanya warna dan bentuk keputihan yang anda tahu adalah dalam bentuk lelehan, lendir yang berwarna:
- Putih
- Krim
- Kelabu
Keputihan juga merupakan salah satu daripada bahan buangan yang dikeluarkan melalui faraj.
Masalah keputihan sebenarnya merupakan diantara masalah yang paling banyak dihadapi oleh wanita.
Bagi wanita yang berkahwin pula, hampir 75% wanita berdepan dengan masalah ini.
Jadi, ia boleh dikategorikan sebagai normal jika anda mengalaminya.
Namun, normal bukan juga bermaksud bahawa ia tidak mempunyai risiko.
Kajian turut mengatakan bahawa faktor penyumbang terbesar kepada masalah ini adalah daripada aktiviti seksual.
Jadi, buat anda yang bergelar isteri, anda perlu tahu dengan lebih lanjut berkenaan bahaya dan risiko masalah ini.
Keputihan Tak Normal
Jika keputihan anda ada ciri-ciri seperti yang kami kongsikan dibawah, anda perlu segera untuk mendapatkan rawatan:
- Keputihan berketul
- Keputihan berbau
- Keputihan kuning
- Keputihan coklat
Untuk pengetahuan anda, faktor terbesar penyebab keputihan seperti keputihan coklat adalah yis atau jangkitan bakteria.
Satu lagi ciri yang paling kritikal yang anda perlu berikan perhatian adalah apabila ia mula mengeluarkan bau busuk.
Jika hal ini berlaku, anda perlu terus berjumpa dengan doktor untuk:
- Dapatkan pemeriksaan
- Dapatkan rawatan awal
Faktor Penyebab Keputihan
Keputihan coklat dan keputihan lain berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya adalah:
a. Kebersihan
Kebersihan akan menjadi faktor kritikal dalam menentukan kesihatan seseorang terutamanya yang berkaitan kebersihan diri.
Bagi kes keputihan pula, ia disebabkan oleh penjagaan kebersihan diri yang tidak sempurna pada bahagian faraj.
Antara cara untuk memastikan faraj anda sentiasa bersih adalah dengan:
- Memastikan faraj dicuci dengan air bersih
- Memastikan kawasan faraj sentiasa kering terutamanya selepas membuang air kecil
- Bersih dan pastikan ia kekal kering juga selepas anda selesai melakukan hubungan seksual
b. Hormon
Punca lain yang menyebabkan masalah keputihan ini adalah ketidakseimbangan hormon.
Faktor penyebab ketidakseimbangan ini adalah:
- Hormon estrogen
- Pengambilan ubat seperti antibiotik secara berlebihan
- Stress
- Pengambilan pil perancang keluarga
c. Gaya Hidup
Gaya hidup yang dimaksudkan disini adalah dari segi seksual iaitu kebanyakan wanita tidak mengamalkan aktiviti seksual yang sihat.
Hal ini biasanya disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan pendidikan berkenaan seks.
Ia sekaligus akan mengakibatkan wanita lebih mudah untuk mendapat jangkitan faraj.
d. Kesihatan
Masalah keputihan juga lebih mudah untuk dialami oleh wanita yang mempunyai masalah kesihatan.
Penyakit seperti kencing manis merupakan diantara penyakit utama yang boleh meningkatkan risiko keputihan.
Hal ini kerana kulat lebih mudah untuk tumbuh di bahagian faraj jika badan mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.
Antara penyakit lain yang turut mampu meningkatkan risiko keputihan seperti keputihan coklat adalah:
- AIDS
- Leukemia
- Kanser
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan keputihan terutamanya keputihan coklat.
Anda perlu sedar bahawa keputihan lain selain yang berwarna putih, krim dan kelabu merupakan petanda bahawa ada kemungkinan ia bukanlah keputihan yang normal.
Jika ia berlaku, segeralah untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya.