Ketat miss V? Boleh ke nak buat macam tu?
Boleh. Mungkin bagi sesetengah wanita, topik ini agak tidak selesa dan kurang menyenangkan.
Tapi, anda tak boleh tipu diri anda sebenarnya. Ia merupakan diantara perkara yang sering anda fikirkan.
Anda risau jika faraj anda semakin longgar. Sebab itulah segala ubat ketat miss V diluar sana dapat dijual dengan mudah dan mendapat permintaan yang tinggi.
Ketat Miss V : Anda Perlu Lakukannya Atau Tidak?
Mungkin sewaktu masih muda dan bergelar anak dara, ia bukanlah satu isu buat anda. Namun tidak lagi sebaik sahaja anda mula melahirkan cahaya mata yang pertama.
Faraj yang ketat akan memberikan kepuasan berganda untuk anda dan pasangan anda sewaktu anda bersetubuh.
Kepuasan dari pihak anda adalah anda akan dapat menikmati dengan lebih lagi kekerasan zakar pasangan anda. Manakala bagi lelaki pula, faraj yang ketat akan memberikan sensasi lembut, basah dan genggaman yang menghairahkan buat mereka.
Bila faraj anda mula longgar, hubungan seksual anda akan mula rasa kurang menarik.
Kenapa Faraj Menjadi Longgar?
Ramai yang mengatakan punca utama faraj longgar adalah aktiviti seksual yang berlebihan.
Sebenarnya ia adalah mitos semata-mata kerana majoriti puncanya adalah disebabkan oleh:
- Bersalin
- Menopause
- Proses penuaan
Setiap punca yang dinyatakan diatas sebenarnya akan mengakibatkan anda untuk kehilangan estrogen yang sekaligus akan mengakibatkan faraj mulai longgar.
Cara Ketat MIss V
1. Vaginoplasty or Labiaplasty
Vaginoplasty merupakan proses pembinaan semula menerusi pembedahan dimana doktor akan mengetatkan semula dinding faraj.
Ia juga dikenali sebagai vaginal rejuvenation. Ada juga wanita yang memilih pembedahan untuk membaiki hymen dan meniru semula ciri asal faraj.
Ada juga yang memilih untuk membuang tisu yang menutupi biji kelentit.
Selain itu, terdapat juga cara ketat miss v dengan menggunakan G-spot amplification dimana kolagen akan disuntik masuk kedalam dinding hadapan faraj untuk meningkatkan lagi rangsangan.
Labiaplasty pula akan mengubah bentuk labia yang merupakan bahagian seperti bibir pada faraj anda.
Rawatan ini memerlukan belanja yang agak besar kerana kosnya yang agak mahal. Namun, ia juga berisiko untuk membuatkan anda mengalami jangkitan, parut dan kesakitan.
2. Senaman Untuk Lantai Pelvik
Cara paling semulajadi yang anda boleh lakukan adalah menguatkan dan menyihatkan lantai pelvik anda.
Ada beberapa cara anda boleh melakukannya iaitu:
- Pelvic floor physiotherapy
- Senaman kegel
- Yoga
- Pilates
3. Pengambilan Makanan Yang Sihat
Cara ketat miss V yang seterusnya adalah dengan mengambil makanan yang menyihatkan.
Untuk pengetahuan anda, makanan yang tepat dan sihat akan membantu faraj anda kekal sihat dan bebas daripada jangkitan.
Sebagai contoh, jika anda inginkan faraj anda bebas daripada jangkitan, anda perlu amalkan pengambilan teh hijau dalam diet anda.
Didalam teh hijau, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai catechins yang akan melalui urinary tract dan akan merendahkan risiko pertumbuhan bakteria jahat.
Pengambilan probiotik secara berkala seperti yogurt, kimchi, sauerkraut, miso dan tempe turut membantu dalam mengekalkan kesihatan faraj.
Menerusi pengambilan makanan tersebut, ia akan mengekalkan keseimbangan diantara bakteria baik dan jahat.
Selain itu, makanan dibawah yang dikenali sebagai isoflavin juga akan membantu dalam mengekalkan kesihatan faraj:
- Tofu organik
- Edamame
Memang tidak dapat dinafikan jika anda melakukan segala tips yang kami kongsikan, anda akan mudah dapat mencapai misi ketat miss V anda.
Segala tips yang kami kongsikan lebih kepada cara semulajadi. Jadi, ia tidak akan memberikan risiko yang akan membahayakan kesihatan anda.
Sekian sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan cara ketat miss V. Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.