Punca Kentut Vagina

Pasti anda sedang tertanya-tanya apa sebenarnya kentut vagina ini kan? Dalam bahasa Inggeris, ia juga dikenali sebagai vaginal gas atau queefing. 

Ia berlaku apabila udara terperangkap didalam vagina. Sebaik sahaja gas ini terperangkap, ia akan perlahan-lahan dilepaskan daripada vagina dan boleh mengakibatkan bunyi yang hampir sama seperti bunyi kentut.

Adakah Kentut Vagina Normal?

Ia sebenarnya termasuk dalam kategori yang normal dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Jarang sekali untuk kentut vagina menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang serius. Namun, ada ketikanya ia akan menjadi simptom kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal dan memerlukan rawatan segera daripada doktor.

Jom baca perkongsian kali ini daripada kami berkenaan simptom atau punca kentut vagina yang anda tak perlu risau atau perlu segera berjumpa dengan doktor.

Punca Kentut Vagina

Terdapat beberapa perkara yang akan mengakibatkan kentut vagina. Jadi, ia sangat penting sebenarnya untuk anda kenalpasti setiap punca tersebut dan membezakannya samada ia bermasalah atau tidak.

Antara punca utama kentut vagina adalah:

1. Aktiviti Seksual

Aktiviti seksual adalah punca utama kepada masalah kentut vagina. Pergerakan keluar masuk zakar kedalam vagina ada masanya akan mengakibatkan udara masuk kedalam vagina dan terperangkap didalamnya.

Apabila otot anda mula menegang disebabkan oleh orgasm atau sewaktu zakar dikeluarkan, udara tersebut akan mula dilepaskan. Pada masa inilah akan berlakunya bunyi tersebut.

Seks oral juga ada ketikanya akan mengakibatkan udara masuk kedalam vagina juga. Sesetengah bentuk seks yang agak kasar bukan sahaja akan mengakibatkan kentut vagina malah ia juga akan mengakibatkan pneumoperitoneum. 

Ia adalah keadaan dimana udara akan terkumpul dan terperangkap dibawah diaphragm anda. Pada masa ini juga anda berkemungkinan mengalami kesakitan pada bahagian dada atau bahagian atas abdomen anda.

2. Lantai Pelvik Yang Tidak Berfungsi   

Walaupun bunyi daripada vagina bukanlah punca utama masalah ini, terdapat kajian yang mengatakan bahawa jika lantai pelvik gagal untuk berfungsi, bunyi ini akan dihasilkan.

3. Vaginal Fistula

Vaginal fistula saluran sempit diantara vagina dan abdomen dalaman atau organ pelvik anda. Ia merupakan diantara punca utama kentut vagina yang tidak berkaitan dengan aktiviti seksual.

Terdapat beberapa jenis vaginal fistula dan ia bergantung kepada kedudukan lubang atau koyakan pada vagina dan organ mana yang dihubungkan oleh saluran tersebut.

Untuk masalah ini, anda perlu segera mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar dan mendapatkan rawatan untuknya.

Antara jenis vaginal fistula yang paling kerap terjadi adalah vesicovaginal fistula. Lubang untuk jenis ini adalah diantara pundi kencing dan juga vagina anda.

Dibawah ini adalah senarai lain jenis vaginal fistula dan dimana koyakannya berlaku:

a. Ureterovaginal Fistula

Berlaku diantara vagina dan ureter yang menggerakan air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing.

b. Rectovaginal Fistula

Berlaku diantara vagina dan juga rektum yang terletak pada penghujung usus. Ia boleh berlaku sewaktu bersalin, namun biasanya ia berlaku di negara-negara yang mempunyai tahap perubatan yang rendah. 

Ia juga boleh berlaku akibat daripada pembeahan pelvik, kanser pelvik, rawatan radiasi disekitar pelvik untuk rawatan kanser pelvik atau daripada Crohn Disease atau juga ulcerative colitis. 

Fisula jenis ini juga menjadi punca dan penyebab utama berlakunya masalah kentut vagina.

c. Enterovaginal Fistula

Berlaku diantara usus kecil dan juga vagina.

d. Colovaginal Fistula

Ia pula berlaku diantara usus besar dan vagina. Ia merupakan jenis fistula yang jarang-jarang berlaku dan biasanya disebabkan oleh penyakit diverticular.

e. Urethrovaginal Fistula

Ia pula berlaku diantara vagina dan juga urethra yang merupakan tiub yang menghantar air kencing keluar daripada badan anda.

Rupanya kentut vagina ini boleh jadi normal dan juga merbahaya. Sebab itulah penting untuk anda kenalpasti apa punca kentut vagina jika ia berlaku pada anda.

Tapi, jika anda rasakan yang ia bukanlah dalam kategori yang normal, anda perlu segera untuk berjumpa dengan doktor. Minta nasihat dan pandangan daripada mereka yang pakar.

Sekian sahaja perkongsian daripada kami kali ini. Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

Share Artikel Ini >

Facebook
WhatsApp