Sebab Gatal Pada Kemaluan

Tanda Kemaluan Gatal

Anda pernah alami masalah gatal pada kemaluan? Adakah ia normal atau merbahaya?

Jika anda pernah mengalaminya, anda pastinya akan tertanya-tanya apa punca yang mendorong kepada masalah ini kan?

Dah dapat jawapannya atau belum? Kalau belum, jom baca apa perkongsian kami berkenaan masalah gatal pada kemaluan.

Punca Gatal Pada Kemaluan

Didalam artikel ini kami akan kongsikan dengan anda beberapa faktor yang berkemungkinan menjadi punca dan penyebab kepada masalah gatal pada kemaluan ini.

1. Bahan Gatal

Pendedahan atau penggunaan bahan kimia yang mengandungi bahan yang gatal boleh mengakibatkan kegatalan pada kemaluan.

Bahan gatal ini berkemungkinan besar mampu untuk menyebabkan alahan yang akan membuatkan kawasan pada tubuh badan mengalami kegatalan atau ruam.

Antara produk yang mempunyai bahan gatal adalah:

  • Sabun
  • Buih mandi
  • Feminine spray
  • Krim
  • Detergent
  • Fabric softener

Jika anda mempunyai penyakit kencing manis, air kencing anda sendiri boleh menjadi punca gatal pada kemaluan.

2. Penyakit Kulit

Sesetengah penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis boleh mengakibatkan masalah seperti kemerahan dan juga kegatalan pada bahagian kemaluan.

Ekzema juga dikenali sebagai atopic dermatitis merupakan jenis ruam yang biasanya akan muncul pada mereka yang mengalami asma dan alahan.

Ruam ini kelihatan kemerahan dan gatal serta mempunyai tekstur seperti bersisik. Bagi sesetengah wanita, ia boleh merebak sehingga ke bahagian faraj.

Psoriasis pula adalah keadaan kulit yang biasanya akan mengakibatkan keadaan kulit sedikit bersisik, gatal dan ruam merah kelihatan pada bahagian kulit dan sendi.

Namun, ada juga keadaan dimana ia akan merebak sehingga ke bahagian faraj.

3. Jangkitan Yis

Ia merupakan fungi yang biasanya akan muncul secara semulajadi pada faraj.

Biasanya juga ia tidak akan mengakibatkan sebarang masalah, namun jika ia berterusan membiak dan tidak dirawat, ia akan mengakibatkan jangkitan yang tidak menyelesakan.

Jangkitan ini juga dikenali sebagai vaginal yeast infection. Ia merupakan keadaan biasa yang akan menjangkiti 3 daripada 4 wanita.

Kebiasaannya jangkitan ini akan berlaku selepas pengambilan antibiotik untuk satu tempoh masa tertentu. Hal ini kerana segala ubatan ini akan mengakibatkan bakteria baik terhapus bersama-sama bakteria jahat. 

Sebenarnya, bakteria baik ini sangat diperlukan untuk memastikan pembiakan yis sentiasa dalam kawalan.

Pertumbuhan yis yang diluar kawalan pada bahagian faraj pula akan mengakibatkan simptom-simptom yang tidak selesa seperti gatal pada kemaluan.

4. Bacterial Vaginosis

Ia juga merupakan salah satu lagi punca gatal pada kemaluan dan sama seperti vaginal yist infection, ia juga disebabkan oleh ketidakseimbangan diantara bakteria baik dan jahat didalam faraj.

Keadaan ini tidak akan sentiasa menyebabkan simptom. Apabila simptom mulai kelihatan, ia akan mula menyebabkan rasa gatal dan mengeluarkan bahan buangan dengan bau yang tidak menyenangkan.

Bahan buangan ini biasanya dalam bentuk nipis dan berwarna kelabu atau putih. Ada sesetengah kes turut menunjukkan ciri sedikit berbuih.

5. Sexually Transmitted Diseases

Dalam bahasa kita, ia lebih dikenali sebagai penyakit kelamin. Penyakit ini biasanya akan mudah untuk berjangkit hasil daripada hubungan seksual yang termasuk dalam kategori unprotected.

Ia akan mengakibatkan rasa gatal pada kemaluan. Antara penyakit kelamin yang biasanya dialami adalah:

  • chlamydia
  • genital warts
  • gonorrhea
  • genital herpes
  • trichomoniasis

Penyakit ini juga akan menyebabkan simptom tambahan lain seperti:

  • Ketumbuhan abnormal
  • Bahan buangan berwarna kuning atau hijau
  • Rasa sakit ketika kencing

Sebenarnya ada beberapa lagi faktor lain yang mendorong pada masalah gatal pada kemaluan. Namun, apa yang kami kongsikan ini adalah antara faktor utama yang menjadi penyebabnya.

Jadi, adalah sangat penting untuk anda memastikan punca kegatalan tersebut bukanlah disebabkan oleh penyakit lain yang merbahaya.

Jika masalah gatal pada kemaluan ini berterusan untuk satu tempoh yang lama, anda perlu segera untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya daripada doktor.

Sekian sahaja perkongsian kali ini daripada kami. Diharapkan anda memperoleh manfaat yang banyak daripadanya.

Share Artikel Ini >

Facebook
WhatsApp